Isnin, 2 April 2012

 PAKEJ KAMBING GOLEK


PAKEJ AYAM GOLEK

Perkhidmatan Katering

Salam 1 Malaysia,
Kumpulan AyamkampungFrozen telah menambah satu lagi perkhidmatan iaitu Katering. Pihak kami menawarkan pakej menarik kepada meraka yang berminat dengan perkhidmatan ini. Pihak kami diperingkat awal hanya akan mengambil tempahan masakan sehingga maksimum 200 orang sahaja. Namun begitu, sekiranya ada permintaan yang melebihi bilangan tersebut, pihak kami sedia mempertimbangkan. Ini kerana kelengkapan yang kami miliki bersesuaian dengan kapasiti tempahan tersebut.

Harga? kami menawarkan harga kompetetif dan boleh runding. Antara pakej yang sering kami tawarkan :-

1) Pakej Akikah
2) Pakej Doa Selamat dan Tahlil
3) Pakej Hari Lahir
4) Pakej Kambing Golek/ Ayam Golek

Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dan boleh dirunding. Jika berminat sila sms kepada : 0162217763/0143675583 untuk pertanyaan.

'Mencari Yang Halal itu Fardhu'
                                      

Tawaran Membuka Reban Sokongan

Salam 1 Malaysia,
Maaf kerana kekurangan info yang dimuatkan kedalam laman blog ini. Namun begitu, apa yang ingin kami kongsikan bersama rakan-rakan diluar sana adalah peluang yang ingin kami tawarkan dalam projek penternakan ayam secara belian semula. Kebelakangan ini , pihak kami telah menglami kekurang sumber ternakan ayam yang serius. Ini berikutan beberapa pembekal sedia ada telah menghentikan pengeluaran ayam kampung berikutan permintaan tinggi ayam daging. Justeru itu, kami yang mempunyai kapasiti keperluan ayam kampung yang tinggi ingin menjemput semua yang berminat untuk menternak ayam kampung untuk kegunaan kami.

Untuk menyertai program ini, sebaiknya peserta telah mempunyai reban sendiri. Secara tidak langsung ini akan mengurangkan kos permulaan projek. Peserta yang berminat boleh menentukan kuantiti benih yang diperlukan mengikut kemampuan. Pihak kami bersedia membekal benih dan makanan dengan syarat jualan semula kepada kami pada harga yang akan dibincangkan(mengikut kadar semasa).

Mereka yan berminat bolehlah menghubungi kami di talian : 016-2217763/0143675583 atau email info ke ypz_enterprise@yahoo.com.sg

Khamis, 12 Januari 2012

PRODUK TERBARU

 Kambing Golek
 Ayam Kampung Frozen Berempah
 Durian MusangKing
 Bersama Dato' Noh Omar
Produk terkini kami!!! Jangan Ketinggalan Menikmati Perkhidmatan Kambing Golek!
Hubungi : 012 6951036 / 016 2217763

VARIASI AYAM KAMPUNG


PENDAHULUAN

Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

Ahad, 23 Oktober 2011

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA


Produk Daging Salai Frozen.

Daging slai adalah salah satu produk makanan tradisional yang boleh diketegorikan sebagai Sihat. Ini kerana ia di bakar tanpa menggunakan minyak. Justeru itu ia adalah selamat untuk dimakan begitu sahaja. Daging salai yang kami tawarkan adalah dalam bentuk hirisan. Dibungkus dengan berat +100gram. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Daging salai (daging tempatan) = RM 7 sepeket
Daging salai (daging import) = RM 5 sepeket

Kepada mereka yang berminat untuk merasai dan memasarkan produk ini, sila telefon kami di 016-2217763/016-2193231

atau email kepada ypz_enterprise@yahoo.com.sg



Isnin, 4 Julai 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Sempena menyambut Ramadhan yang bakal tiba, pihak kami menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma ayam kampung frozen sekitar lembah klang. Kuantiti penghantaran percuma adalah 5 ekor dan keatas. Namun begitu, jika lokasi tuan puan di dalam laluan kami, maka kuantiti boleh dikecualikan. Harga semasa ayam kampung kami adalah RM 10.00 sekilogram. Ayam yang ditawarkan adalah sekitar 1kg - 1.6kg. Jangan lepaskan peluang ini. Hubungi kami di 0143675583. Ayam Kampung kami di jamin HALAL.