Ahad, 23 Oktober 2011

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA


Produk Daging Salai Frozen.

Daging slai adalah salah satu produk makanan tradisional yang boleh diketegorikan sebagai Sihat. Ini kerana ia di bakar tanpa menggunakan minyak. Justeru itu ia adalah selamat untuk dimakan begitu sahaja. Daging salai yang kami tawarkan adalah dalam bentuk hirisan. Dibungkus dengan berat +100gram. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Daging salai (daging tempatan) = RM 7 sepeket
Daging salai (daging import) = RM 5 sepeket

Kepada mereka yang berminat untuk merasai dan memasarkan produk ini, sila telefon kami di 016-2217763/016-2193231

atau email kepada ypz_enterprise@yahoo.com.sg



Isnin, 4 Julai 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Sempena menyambut Ramadhan yang bakal tiba, pihak kami menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma ayam kampung frozen sekitar lembah klang. Kuantiti penghantaran percuma adalah 5 ekor dan keatas. Namun begitu, jika lokasi tuan puan di dalam laluan kami, maka kuantiti boleh dikecualikan. Harga semasa ayam kampung kami adalah RM 10.00 sekilogram. Ayam yang ditawarkan adalah sekitar 1kg - 1.6kg. Jangan lepaskan peluang ini. Hubungi kami di 0143675583. Ayam Kampung kami di jamin HALAL.

Sabtu, 19 Februari 2011

Pelabur

Assalamualaikum,

Sebagaimana yang dimaklumi didalam blog ini, kami sedang berusaha memantapkan proses pengeluaran produk ayamkampungfrozen berempah. Justeru itu, kepada sesiapa diluar sana yang berminat untuk melabur, silalah berhubung dengan kami. terima kasih

Isnin, 7 Februari 2011

Ayam Kampung

Ayam kampung yang diternak di ladang kami adalah berasaskan konsep reban dan lepas. Ayam hanya akan di reban sepenuhnya katika kecil dan akan dilepaskan bebas didalam kandang apabila sudah cukup besar. Ini membolehkan ayam yang diternak cergas seperti ayam kampung yang terdapat di kampung-kampung. dari segi pemakanan, ayam akan di beri makan dedak di awal ternakan dan akan dicampur dengan makanan lain untuk pembesaran. 

Sehingga hari ini, pihak syarikat tidak menghadapi masalah pasaran kerana permintaan adalah amat menggalakkan. Justeru itu, pihak  syarikat juga telah melantik beberapa rakan ternak untuk bekerjasama dalam usaha menstabilkan bekalan syarikat.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan bekalan bolehlah menghubungi :-
En. Hafedz  014-3675583
En. Najib  016-2217763

Penghantara disediakan di lembah klang(kuantiti diperlukan)


Ayam Kampung Frozen

Diilhamkan oleh pengurusan syarikat dan divariasikan kepada 2 perasa iaitu :

1- Original
2- Berempah

Kepada pelanggan sekitar Kuala Lumpur, peminat ayam kampung boleh mandapatkan produk kami melalui www.doorstep.com.my dengan merujuk kepada bahagian frozen+meat. Selain itu, boleh juga terus menghubungi kami seperti diatas. 

Pihak syarikat juga sangat mengalu-alukan peniaga yang berminat untuk menjadi agen kepada produk kami.

HR Sekawan Enterprise

HR Sekawan Enterprise, adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera beragama islam. Memulakan bidang penternakan ayam kampung sejak tahun 2009 di tanah milik keluarga. Beralamat di Lot 4887, Jalan Kg Jawa, Kg Tebuk Jawa, Sabak Bernam dengan keluasan 3 ekar. Dengan kapasiti maksimum sehingga 15,000 ekor untuk satu musim. HR Sekawan berharap menjadi antara pembekal ayam kampung yang dikenali di daerah Sabak Bernam dan Negeri Selangor amnya.

Aktiviti yang dijalankan HR Sekawan Enterprise:-

1. Menternak ayam kampung dengan ladang ternak milik sendiri
2. Memberi khidmat nasihat kepada mereka yang berminat menceburi bidang penternakan ayam kampung
3. Membekal anak ayam kampung kepada peserta e-kasih
4. Membekal ayam kampung siap proses
4. Memperkenalkan ayamkampungfrozen-marinated
5. Menyediakan perkhidmatan penghantaran-lembah klang (kuantiti diperlukan)